Wednesday 4 December 2013

Kisah Aku Seorang Pelukis Pelan

assalammualaikum wbt..

Bissmillahirahmannirahim. ni 1st posting aku dalam blog. wau, kini aku dah jadi seorang pelukis pelan cum blogger. masih jalan bertatih, hingus meleleh, itu lah tahap blogger aku. jujur sejujurnya, level aku takat sifar dalam dunia blog. tapi orang kata (bukan aku kata?), zaman sekarang nak maju dan mempromosikan diri, wajib ada blog peribadi, betul ke? jadi, aku pun ikut trend, tak mau ketinggalan LRT...hehe.

dah terkial-kial register blog, sekarang timbul serabut dalam otak karat aku ni, apa aku nak tulis dalam blog aku. aiseh, aku tulis intro tentang kisah aku seorang pelukis pelan boleh kut.. tajuk kasi gempag siket kan beb, isi nya nanti aku tak pasti..kehkeh! apapun, harap korang sudi paksakan diri terus continue membaca... macehhh..



Catatan 1

Sebaik abes study kat sebuah local u yang tak lah gah sangat (konon ayat rendah diri tahap gaban..kuang3) aku pun start melilau carik kerja. kebetulan time tu negara tengah alami kegawatan ekonomi, so.. memang agak susah sikit nak dapat kerja. jenuh picit button lif naik-turun office attend temuduga. nawaitu masa tu, janji dapat kerja apa pun jadilah. no demanding. kalu dapat keje pam tayar monorel pun, aku sanggup. last-last, datang rezeki aku. dapat keje kat publishing office. alhamdulillah! jawatan ditawarkan... junior technician cum grafik artis (ni yg official punya) cum tukang photostate cum macam2 lagi... hoho.



atas kesedaran untuk menambahbaik kerjaya, aku mengambil inisiatif sendiri dengan menghadiri kursus autocad pada waktu hujung minggu. agak penat juga berulangalik dari tempat tinggal di puchong ke kl selama 3 bulan. pernah satu masa ketika bulan puasa, aku hampir-hampir pitam bergayut kerana keletihan dan kepanasan akibat kepadatan penumpang dalam bas yang dinaiki. segala cabaran aku gagahi. akhirnya usaha aku berbaloi bila berjaya menamatkan kursus autoCAD dengan jayanya.